Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Berhenti Di Lorong Kecemasan, Polis Akan Rekod Keterangan Ahli Kelab Kereta

today24 January 2022

Background




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Polis akan memanggil sekumpulan individu dipercayai ahli sebuah kelab kereta untuk memberi keterangan dalam masa terdekat selepas gambar mereka berkumpul di lorong kecemasan di Lebuhraya Temiang-Pantai dekat sini tular menerusi media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata tindakan itu dibuat selepas pihaknya mengesan hantaran menerusi Facebook yang memaparkan sekumpulan individu daripada kelab kereta ‘FCCM-FC Club Malaysia’ memberhentikan kereta untuk bergambar di lebuh raya berkenaan kira-kira 6.30 petang, Sabtu lepas.

“Untuk permulaan kita akan panggil ketua kelab itu dahulu, kita dah kenal pasti kira-kira 48 kereta setakat ini. Berhenti dan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan tanpa sebab yang munasabah seperti yang tular itu merupakan satu kesalahan kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Azam A


Previous post

Sukan

Milan hampa diikat Juve

Milan: AC Milan seri tanpa jaringan menentang Juventus manakala Napoli melonjak ke tangga kedua selepas menewaskan Salernitana 4-1 dalam aksi Serie A awal pagi tadi.

today24 January 2022