Sejak beberapa hari lalu tular kes buli sehingga mencederakan alat sulit seorang pelajar tingkatan 4 sebuah sekolah berasrama di Kuala Kangsar.
Pihak polis mengesahkan telah menerima laporan kes buli yang berkait dengan hantaran yang tular di media sosial itu.
Artikel Berkaitan:
Bagaimanapun perkara tersebut kurang disenangi oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).
Memetik kenyataan di laman Facebook persatuan itu, tindakan menularkan kes itu di media sosial memberi impak besar serta membawa imej buruk kepada institusi sekolah itu secara keseluruhan.
“Kami mengambil maklum ancaman penularan kes ini melalui surat yang diutuskan oleh sekumpulan ibu bapa murid Tingkatan 4 sekiranya keputusan dan tindakan semasa pihak sekolah ke atas murid yang terbabit tidak diubah.
“PIBG MCKK menyelar tindakan cubaan campur tangan ibu bapa terbabit di dalam pengurusan sekolah ini. Dalam hal yang berkaitan, PIBG menghormati pendirian pihak sekolah dan Tuan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
