Kool FM

‘Beribu Tanda Tanya’ Lagu Syamel Paling ‘Mahal’


Penyanyi, Syamel muncul dengan karya terbaharu berjudul Beribu Tanda Tanya, sebuah lagu sarat emosi dan persoalan jiwa yang menyentuh hati.

Artikel Berkaitan: Ernie Zakri & Syamel Sepakat Pilih Warna Baju Raya, Sedia Pakaian Lebih Untuk Anak

‘Mahal’

Lebih daripada sekadar karya indah, Syamel menganggap ini antara lagu paling ‘mahal’ dan bermakna dalam perjalanan seninya.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim ini bukan sahaja menonjolkan kekuatan vokal Syamel, tetapi juga menjadi pengalaman berharga yang tidak ternilai.

Lagu ini boleh dikategorikan sebagai lagu yang ‘mahal’. Bukan hanya dari segi kos, tapi juga nilai sentimental dan pengalaman yang saya dapat sepanjang proses rakaman.

Menurut Syamel, seluruh proses rakaman dilakukan di Voltalab Sound Studio, Manchester, United Kingdom di bawah bimbingan Edry yang kini menetap di sana.

Saya perlu ke Manchester untuk bertemu Edry. Semua proses, daripada rakaman hingga pembikinan visualizer, dilakukan sepenuhnya di…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version