Sementara itu, Pengarah Wilayah Selangor dan Negeri Sembilan Maybank Malaysia iaitu Abd. Razak Kamardin Abdul Razak memaklumkan bahawa pembukaan cawangan Maybank tersebut merupakan usaha strategik pihaknya bagi memperkenalkan konsep perbankan digital menyeluruh kepada pelajar dan komuniti kampus.
“Cawangan Maybank di UCS Kampus Puncak Alam ini adalah cawangan kesembilan di dalam universiti di negara ini dan yang pertama melibatkan UiTM.
“Sebelum ini kita membuka cawangan di universiti lain antaranya Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan lain-lain,” ujarnya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
