Seiring dengan era digital hari ini, Berita Harian Online dan Harian Metro Online telah melancarkan ciri inovatif yang menggabungkan tradisi Malaysia dengan teknologi canggih yang dikenali sebagai Ringkasan Pantun AI.
Kehadiran teknologi ini bakal menukar berita perniagaan kepada pantun empat baris yang padat dan menarik sekaligus menawarkan cara baharu untuk rakyat Malaysia berhubung dengan berita.
Dibangunkan oleh pasukan inovatif di REV Media Group dan disokong oleh CelcomDigi, ciri ini mewakili lonjakan kreatif dalam cara kandungan disampaikan dan diakses dalam era digital.
Menurut Chris Wee, Ketua Pegawai Digital REV Media Group & Omnia, menerusi inisiatif ini bakal menggalakkan pemilik perniagaan untuk merasai kehebatan AI.
“Di REV, kami sentiasa berusaha meneroka idea baharu untuk kekal relevan dan memberi impak. Ringkasan Pantun AI mencerminkan komitmen kami untuk meneroka sempadan teknologi sambil berpegang teguh kepada identiti…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: