Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Berjaga-Jaga Kalau Pergi Selatan Thailand Sempena Cuti Deepavali’ – Ketua Polis Negara

today14 October 2024

Background
'Berjaga-Jaga Kalau Bercuti Di Selatan Thailand Sempena Cuti Deepavali' – Ketua Polis Negara


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain meminta rakyat Malaysia yang merancang bercuti ke sempadan Thailand semasa cuti panjang Deepavali nanti untuk berjaga-jaga.

Langkah itu susulan terdapat tujuh serangan dan pengeboman yang berlaku di wilayah selatan pada 9 dan 10 Oktober lalu, petik Berita Harian.

Baca Juga:

“Saya percaya ramai rakyat Malaysia akan pergi ke wilayah selatan Thailand sempena cuti Deepavali yang akan datang.

“Selain meminta mereka lebih berhati-hati, saya juga ingin menasihatkan pelancong Malaysia supaya, jika boleh, mengelakkan kawasan yang menjadi sasaran pihak yang terbabit dalam serangan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta rakyat Malaysia perlu ‘membaca’ situasi terkini membabitkan negara yang ingin mereka lawati.

“Rakyat Malaysia juga perlu mendapatkan maklumat terkini sebelum merancang bercuti ke negara berkenaan,” katanya lagi.




Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Sukan

Khalid harap pemain tak lagi ‘teraniaya’

Kuala Lumpur: Mantan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad mengharapkan pemain dan kakitangan KLFA serta KL City FC tidak lagi akan 'dianiaya' dan semua pihak fokus untuk terus membangunkan pasukan yang beraksi dalam Liga Super.

today14 October 2024