Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Berjaya ‘Reverse Engineering’ Teknologi Rusia, Ini Kehebatan Bom Latihan P50T Buatan UTHM Untuk Jet Sukhoi

today24 April 2026

Background
Berjaya 'Reverse Engineering' Teknologi Rusia, Ini Kehebatan Bom Latihan P50T Buatan UTHM Untuk Jet Sukhoi


Satu projek kolaborasi sedang giat dijalankan antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan juga Aerospace Technology Systems Corporation (ATSC) bagi membangunkan bom latihan baharu yang dikenali sebagai projek ‘Development of New P50T Practice Bomb for Sukhoi 30 MKM Application’.

Projek ini bertujuan untuk melakukan proses rekayasa semula (reverse engineering) ke atas bom latihan yang pada asalnya dihasilkan oleh negara Rusia.

Melalui inisiatif ini, beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan pada bahagian komponen dalaman dengan memfokuskan penggunaan komponen-komponen daripada pemasangan tempatan.

Proses ini melibatkan beberapa peringkat, di mana fasa rekayasa balik telah pun berjaya diselesaikan.

Projek ini kini berada dalam proses simulasi dan pemuktamadan reka bentuk mekanisme dalaman.

Data yang diperoleh daripada proses simulasi ini amat penting bagi membolehkan pasukan penyelidik menghasilkan reka bentuk akhir yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post