BALING – Misinya dalam dunia keusahawanan adalah mahu mencari duit dan mahu mendapatkan sebanyak-banyaknya nilai tersebut bukan untuk bermegah diri tetapi merealisasikan niat bagi membahagiakan insan di sekelilingnya dan masyarakat.
Itulah tanda bahagia pengasas produk CPG Cosmetics, Ismaniza Fahida, 40, atau lebih dikenali sebagai Cik Puan Gojes yang telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2022 di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu.
Hasil gigih usahawan ini dalam bidang perniagaan selain pengorbanan dan niat berkongsi rezeki bagi membantu golongan yang memerlukan, telah menyenaraikan beliau sebagai pemenang utama dengan menewaskan sembilan peserta lain yang lebih hebat latar belakang dan kerjaya masing-masing.
Wanita yang menetap di sini telah mula mencari duit poket sendiri ketika baru berusia sembilan tahun bagi membantu ibunya, Siti Fatimah Dani dan bapanya, Ismail Nor dengan menjual laksa pada sebelah pagi, manakala…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: