Selain barangan asas, pakaian seharian juga antara salah satu sumbangan yang diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir yang terkesan kerana dipercayai semua sudah dihanyutkan oleh air.
Bagaimanapun, ada segelintir individu seperti menangguk air yang keruh apabila menggunakan situasi genting ini hanya untuk melupuskan pakaian yang tidak diingini kepada mangsa banjir.
Perkara ini didedahkan sendiri oleh pempengaruh Khairul Aming yang pada ketika ini sedang giat mengerahkan kudratnya untuk membantu mangsa banjir dan sedia mengagihkan segala sumbangan yang diterima daripada orang ramai.
Bagaimanapun, KA telah membuat teguran apabila dia menerima sejumlah bungkusan baju yang dipercayai diberikan sebagai sumbangan namun majoritinya dalam keadaan yang sangat teruk sekaligus tidak sesuai untuk dipakai menerusinya.
“Jangan hantar barang macam ni tau! Kesian mangsa banjir. Ni yang kita terima pakaian penuh dengan telur lipas, yang penuh kulat, kulat kotor…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: