
Bermula 28 Mei, para pemandu yang menuju ke Genting Highlands akan mula dikenakan caj jalan raya di bawah struktur fi baharu yang diperkenalkan oleh Lingkaran Cekap Sdn Bhd.
Ia merupakan syarikat pengendali jalan yang sah bagi Jalan Genting Highlands.
Caj ini akan dikuatkuasakan dalam dua fasa di laluan masuk kawasan pusat peranginan tersebut melalui Genting Sempah atau Gohtong Jaya, petik New Straits Times.
Fasa Pertama Pelaksanaan
1. Kenderaan Kelas 1 seperti kereta dan van akan dikenakan bayaran sebanyak RM5 bagi setiap kemasukan di kedua-dua pusat akses.
2. Kenderaan komersial, lori sederhana akan dikenakan caj RM15, manakala lori berat perlu membayar RM25.
3. Kenderaan awam seperti teksi akan dicas sebanyak RM3.30 dan bas pula RM5.
Pihak Lingkaran Cekap turut menetapkan bahawa kenderaan di bawah Kelas 2, 3, 4, dan 5 diwajibkan masuk melalui laluan yang dikhaskan bergelar ‘Lorong Khas’ atau menggunakan sistem Pengecaman Nombor Pendaftaran…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: