Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Mulai menyerang dunia pada akhir tahun 2019 serta disahkan sebagai pandemik, wabak COVID-19 sememangnya jelas menjejaskan kesihatan serta ekonomi dunia.
Situasi yang berlaku turut mendesak pihak kerajaan untuk menawarkan vaksin sejak awal tahun lalu secara percuma buat seluruh penduduk Malaysia sebagai langkah untuk mengurangkan risiko serta penyebaran wabak penuh merbahaya ini.
Di sebalik pemberian percuma yang ditawarkan, nampaknya masih terdapat pihak yang cuma mengambil kesempatan dengan menjual sijil vaksin yang dipercayai palsu dengan harga sekitar sehingga RM500 khusus buat mereka yang mahu mendapatkan sijil tanpa perlu suntikan vaksin.
Polis merampas 1,900 sijil vaksin Covid19 bernilai hampir sejuta ringgit dipercayai palsu yang DIKELUARKAN oleh sebuah klinik swasta di Marang kepada anti vaksin. Seorang Doktor lelaki berusia 51 tahun dicekup bagi membantu siasatan. Setiap sijil…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
