Kool FM

Bersama Malaysiaku

Gerakan #BersamaMalaysiaku dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai kementerian, agensi dan jabatan kerajaan Malaysia. Ia merupakan gerakan nasional yang menghimpunkan wajah-wajah rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat menerusi lensa fotografi dan meraikan semangat kerja, nilai murni serta kebersamaan yang menjadi nadi kepada jati diri negara.

Objektif #BersamaMalaysiaku adalah untuk menggalakkan perpaduan rakyat Malaysia melalui perkongsian foto yang menunjukkan semangat kerjasama dan kebersamaan dalam kehidupan seharian.

Sertai gerakan Bersama Malaysiaku. Kongsi foto dan kisah inspirasi anda sebagai rakyat Malaysia yang hebat!

Penyertaan dibuka dari 21 Julai hingga 14 September 2025. Semua penyertaan akan dikendalikan dengan penuh kerahsiaan dan mematuhi garis panduan perlindungan data peribadi.

Maklumat lanjut di bersamamalaysiaku.malaysiamadani.gov.my

Exit mobile version