Khidmat Cristiano Ronaldo masih diperlukan oleh skuad Portugal walaupun beliau kini sudah berusia 39 tahun. Ini adalah penampilan keenam beliau di saingan Euro 2024 yang bakal berlangsung bulan depan.
Ronaldo yang kini beraksi dengan kelab Arab Saudi, Al Nassr memiliki rekod jaringan dalam setiap edisi Euro sejak penampilan pertamanya pada 2004.
Baca Juga:
Beliau juga mempunyai koleksi 14 gol di kejohanan berkenaan. Malah, dia juga mempunyai rekod sebanyak 10 gol pada kempen perlawanan kelayakan yang berlangsung pada tahun lalu.
Pengendali Portugal, Roberto Martinez menjelaskan Ronaldo layak dipanggil berdasarkan prestasinya bersama Al Nassr.
“Cristiano? Lebih baik bercakap dengan data. Dia seorang pemain yang meledak 42 gol dalam 41 perlawanan bersama kelabnya,” kata Martinez.
“Itu menunjukkan kemampuan fizikal dan keupayaannya untuk sentiasa kekal cergas, termasuk kualiti dipamerkan ketika di depan gawang… sesuatu yang kami sangat suka…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: