Kool FM

Beto Kusyairy Titip Pesanan Untuk Tidak Kejar Populariti


Pelakon Beto Kusyairy tampil memberikan peringatan kepada golongan anak seni agar tidak menjadikan populariti sebagai matlamat utama dalam berkarya.

Artikel Berkaitan: Beto Kusyairy Terima Pandangan Penonton Terhadap ‘Libang Libu’, Setiap Individu Ada Hak Menilai Karya

Artikel Berkaitan: ‘Sediakan Payung Sebelum Hujan, Kita Tak Tahu Apa Yang Akan Berlaku’ – Beto Kusyairy

Kejar populariti

Menerusi perkongsian di Threads, Beto atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan Osman, 46, menyifatkan sikap terlalu mengejar populariti sebagai satu sindrom yang boleh membawa kesan buruk jika tidak dibendung.

Sindrom mengejar populariti.

Hati-hati, jangan sampai terperangkap dengannya.

Populariti itu cuma ilusi.

Selain itu, Beto turut menegaskan agar anak seni memberi tumpuan sepenuhnya terhadap karya yang dihasilkan dan mengangkat nama menerusi bakat yang diiktiraf penonton.

Dalam pada itu, Beto turut mengenang pesanan Allahyarham Yasmin Ahmad agar tidak berkarya semata demi mengejar anugerah.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber: