Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Biarkan Kanak-Kanak Keluarkan Kepala Melalui ‘Sunroof’, Polis Sedang Kesan Pemandu Proton X70

today24 January 2023

Background


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Polis sedang mengesan pemandu Proton X70 yang membenarkan kanak-kanak mengeluarkan kepalanya melalui sunroof (bumbung tembus cahaya) seperti rakaman tular di media sosial, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Dalam satu kenyataan Facebook oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya mengesan rakaman video berdurasi sembilan saat berkenaan yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @nabilahroslan, jam 12.15 tengah malam tadi.

“Dalam rakaman video itu memaparkan sebuah SUV (kenderaan uliti sukan) Proton X70 berwarna merah bersikap cuai terhadap keselamatan kanak-kanak dengan membenarkannya mengeluarkan kepala melalui sunroof kenderaan berkenaan.

“Berdasarkan rakaman, kejadian itu berlaku di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dari Subang Jaya menghala ke Bukit Lanjan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Luar Negara

Ubat batuk: WHO gesa buat pemeriksaan terperinci

New York: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin menggesa pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan lebih terperinci susulan insiden kematian kanak-kanak yang dikaitkan dengan pengambilan sirap ubat batuk yang dilaporkan sekurang-kurangnya di tujuh negara. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today24 January 2023