Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bidoglio Tak Pandang Rendah Malaysian University

today25 June 2024

Background
Bidoglio


Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio tidak memandang rendah keupayaan lawan mereka pada aksi suku akhir pertama Piala FA 2024/25 yang bakal berlangsung Sabtu ini.

Berdepan Malaysian University yang merupakan kelab dalam saingan Liga A1 Semi Pro, Bidoglio tetap mengingatkan anak buahnya supaya fokus dalam memburu kemenangan.

Bagi pengendali kelahiran Argentina itu, beliau berpendirian setiap kejohanan menjadi keutamaan JDT dan sudah pastinya misi mereka adalah untuk memburu kejuaraan Piala FA pada edisi kali ini.

Sejak menikmati proses penjenamaan semula sejak 2013, JDT sudah memenangi tiga kejuaraan Piala FA iaitu pada 2016, 2022 dan 2023.

Tahun lalu, JDT berjaya menundukkan Kuala Lumpur City 2-0 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim hasil jaringan Nathaniel Hong Wan dan Leandro Velazquez.

Sejak menikmati proses penjenamaan semula sejak 2013, JDT sudah memenangi tiga kejuaraan Piala FA iaitu pada 2016,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post