Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Bieu Argile sumbang produk cucian, makanan kepada mangsa

today24 December 2021

Background


PETALING JAYA – Ugogo Net Sdn. Bhd., pengeluar produk cucian serba guna berjenama Bieu Argile, tampil ­menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir meskipun kilang pengeluaran syarikat yang terletak di Seksyen 33, Shah Alam turut terjejas de­ngan bencana alam itu.

Pengasas bersama syarikat, Mohd. Ammar Aiman Samsul berkata, keprihatinan syarikat terhadap mangsa banjir telah mendorong kakitangannya me­nyampaikan bantuan kepada penduduk di Taman Sri Muda, Shah Alam; Kampung Sri Aman, Puchong dan juga di Hulu Langat.

“Kami menyumbang bahan pencuci kepada penduduk ke­rana mereka sangat memerlukan bahan cucian untuk membersihkan kediaman, mencuci perabot, pakaian dan juga pinggan ­mangkuk yang masih boleh digunakan.

“Produk cucian Bieu Argile yang baru dilancarkan bulan lalu dihasilkan dengan formulasi unik tanpa bahan kimia dan diperbuat daripada bahan se­mula jadi seperti enzim air tanah liat.

“Ia selamat digunakan dan tidak menyakitkan tangan, selain bersifat mesra alam…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post