Kempen ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyertai peraduan ini dan menguji tahap pengetahuan peribahasa mereka.
Ketua Pegawai Operasi Big Tree, Stephanie Wong berkata, kempen itu dapat memartabatkan lagi penggunaan Bahasa Malaysia dalam negara ini.
“Kami amat berbesar hati untuk melancarkan kempen “Jom, Teka Peribahasa!” yang bukan sahaja memartabatkan penggunaan Bahasa Malaysia tetapi ia juga menggalakkan khalayak ramai untuk berinteraksi melalui media DOOH kami.
“Big Tree telah memperkenalkan konsep pengiklanan media OOH yang boleh dimanfaatkan dengan menggunakan pelbagai cara yang kreatif. Salah satu caranya adalah dengan bermain permainan teka-teki seperti kempen ini,” katanya.
Kempen “Jom, Teka Peribahasa!” ini menggunakan elemen peribahasa dengan tujuan untuk menyatukan rakyat Malaysia melalui permainan teka-teki yang menyeronokkan. Peraduan ini akan berlangsung dari 1 hingga 31 Julai 2024 dan peserta berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: