Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Semalam tular di laman sosial satu bil hospital swasta yang difahamkan milik seorang pesakit COVID-19 yang berada di hospital selama 46 hari. Apa yang menjadi perhatian warganet adalah bil hospital terbabit bernilai sebanyak lebih RM346,182 dan hampir sama dengan harga sebuah rumah atau kereta jenama BMW model M135i.
Difahamkan, menerusi laporan yang dikeluarkan oleh MalaysiaKini. Bil hospital tersebut adalah dari Hospital Pakar KPJ Damansara kepada salah seorang pesakit COVID-19 yang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU). Pihak hospital telah mengesahkan bil tersebut menerusi temu bual bersama dengan portal media atas talian terbabit.
Dalam kenyataan mereka semalam, pihak hospital difahamkan akan memberi sokongan tambahan kepada keluarga pesakit COVID-19 yang bil hospitalnya bernilai lebih RM300,000 dan menjadi topik perbincangan warganet. Syarikat itu turut menambah bahawa mereka mempunyai…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: