Ia bukan saja dapat memudahkan macam-macam urusan, malah dapat memberikan pengalaman juga kepada pemandu pelancong untuk berunding mengenai harga trip dan sebagainya.
Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini, seorang lelaki menjadi tumpuan ramai apabila dia fasih berbahasa Mandarin ketika ingin menerangkan informasi trip kepada pelancong dari China.
Menerusi video berdurasi 1 minit 21 saat yang dimuat naik oleh @pakej_bajet_kundasang, difahamkan lelaki dari Sabah itu sedang melayan soalan daripada beberapa orang pelancong China.
Apa yang membuatkan ramai terpegun adalah apabila dia tidak kelihatan kekok langsung berbahasa Mandarin semasa berkomunikasi dengan pelancong-pelancong berkenaan.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: