Pelakon, Datin Nelydia Senrose tampil memberikan respon selepas sepupunya yang juga aktres, Aprena Manrose berkongsi sebuah hantaran mengenai cahaya mata di media sosial baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Dulu Sama-Sama TTC Dengan Nelydia, Sekarang Tinggal Saya Seorang Belum Ada Rezeki Anak’ – Aprena Manrose
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nelydia Senrose Sebak Bakal Timang Zuriat Pertama Selepas 7 Tahun Menanti – ‘Rezeki Allah Akan Beri Tepat Pada Waktunya’
Perjalanan Nelydia & Aprena

Ketika ditemui OhBulan!, Nelydia atau nama lengkapnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 31, menjelaskan bahawa hantaran tersebut adalah merujuk kepada perjalanan mereka untuk menimang zuriat sebelum ini.
Menurut Nellydia, sebelum disahkan hamil, dia dan Aprena berkongsi pengalaman yang sama dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata.
Bila saya dan dia sudah berkahwin, kami sama-sama menantikan kehadiran zuriat. Kami sama-sama dalam perjalanan yang sama, itu sebenarnya maksud hantaran yang dibuat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: