Site icon Kool FM

Bilangan penganggur menurun kepada 584,600 orang


PETALING JAYA – Bilangan penganggur terus menurun pada Mei 2023 kepada 584,600 orang dengan kadar pengangguran 3.5 peratus, berbanding 586,900 orang pada April, demikian menurut Jabatan Perangkaan.

Katanya, pada bulan Mei, mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan, atau penganggur aktif yang merangkumi 80.5 peratus daripada jumlah penganggur seramai 470,400 orang.

“Mengikut tempoh pengangguran bagi penganggur aktif, mereka yang menganggur kurang daripada tiga bulan meliputi 60.9 peratus, manakala mereka yang berada dalam pengangguran jangka panjang melebihi setahun merangkumi 6.7 peratus.

“Pada masa yang sama, mereka yang percaya bahawa tiada pekerjaan tersedia atau penganggur tidak aktif menurun sebanyak 0.8 peratus untuk merekodkan 114,200 orang (April 2023: 115,100 orang),” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Sementara itu, Jabatan Perangkaan turut memaklumkan bahawa kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun telah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version