Sementara itu, kenyataan O’Reilly turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang membidas dakwaan tersebut.
Dalam hantaran di laman X, beliau menjelaskan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada 2023 ialah AS$11,379 (RM49,788).
“Menurut Bank Dunia, KDNK per kapita Malaysia pada tahun 2023 ialah AS$11,379.
“Apabila diselaraskan mengikut pariti kuasa beli, jumlahnya AS$36,416 (RM159,350), meletakkan Malaysia dalam kalangan negara berpendapatan sederhana tinggi,” jelasnya.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan O’Reilly yang mendakwa negara di Asia Tenggara ‘tiada wang’ dan menyifatkan ia sebagai satu pandangan yang angkuh dan jahil.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kenyataan itu bukan sahaja menunjukkan kejahilan O’Reilly terhadap realiti semasa Asia Tenggara, malah turut mencerminkan pemikiran sempit yang dipengaruhi sentimen perkauman dan ideologi penjajah.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: