PETALING JAYA – Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) menerbitkan bahagian keempat Sukuk Murabahah Subordinat (Sukuk) bernilai RM300 juta di bawah Program Sukuk Murabahah bernilai RM10 bilion pada Jumaat lalu.
Program berkenaan, yang merupakan program sukuk kedua diperkenalkan BIMB telah menerbitkan bahagian pertama pada November 2019 melibatkan RM300 juta, diikuti bahagian kedua sebanyak RM400 juta pada Mac 2020 dan bahagian ketiga berjumlah RM700 juta pada Oktober 2020.
Sukuk tersebut dikategorikan sebagai modal kawal selia Aras 2 Bank Islam dalam mematuhi Rangka Kerja Kecukupan Modal (Komponen Modal) bagi Institusi Perbankan Islam oleh Bank Negara Malaysia.
Ia akan ditebus balik pada nilai nominal penuh setelah tempoh matang, dengan pilihan pembelian pada tahun kelima terbitannya dan menerima penarafan A1/stabil oleh RAM Rating Services Berhad (RAM Ratings).
BIMB juga merupakan Penasihat Utama, Penyusun Utama, Ketua Pengurus dan Penasihat Shariah bagi Program Sukuk Murabahah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
