PETALING JAYA – Bina Puri Holdings Bhd (Bina Puri) telah melengkapkan sepenuhnya pemulihan prestasi kewangannya dengan mencatat keuntungan bersih sebanyak RM14.38 juta untuk suku ketiga yang berakhir pada 31 Mac 2024 (Q3FY24), selepas enam belas suku tahunan berturut-turut mencatatkan kerugian.
Keuntungan tersebut dipacu oleh segmen pembinaan.
Pada suku yang sama tahun kewangan 2023, Kumpulan mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM16.81 juta manakala pendapatan pada Q3FY24 juga meningkat sebanyak 57.68 peratus tahun ke tahun kepada RM49.63 juta.
Bagi keseluruhan sembilan bulan, Bina Puri telah mengecilkan kerugian bersihnya kepada RM11.15 juta daripada RM54.31 juta sebelum ini.
Pendapatan juga meningkat sebanyak 39.9 peratus kepada RM136.62 juta sepanjang tempoh yang sama.
Pengarah Urusan Kumpulan, Kevin Chai berkata, prestasi Kumpulan yang lebih baik ini terutamanya didorong oleh kesan positif skim cadangan antara Bina Puri Sdn Bhd (BPSB), anak syarikat milik penuh syarikat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: