Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Bina Puri selesaikan pengeluaran kemudahan kredit RM73 juta

today29 October 2024

Background


PETALING JAYA – Bina Puri Holdings Bhd (Bina Puri) melalui anak syarikatnya, Sumbangan Lagenda Sdn Bhd telah berjaya menyelesaikan pengeluaran (drawdown) kemudahan kredit bernilai RM73 juta daripada MBSB Bhd (MBSB).

Sumbangan Lagenda merupakan pengendali The Main Place Mall @ USJ 21, sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat, kemudahan kredit daripada MBSB secara signifikan akan mengukuhkan kedudukan kewangan Sumbangan Lagenda.

“Ia akan membolehkan syarikat memenuhi keperluan modal kerja, tetapi juga meningkatkan tawaran, menarik penyewa baharu ke pusat membeli-belah dan memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih baik,” jelasnya di sini hari ini.

Kenyataan itu menerangkan, The Main Place Mall adalah  sebuah kompleks membeli-belah berorientasikan keluarga dan sebahagian daripadanya terdiri daripada  pembangunan campuran yang menggabungkan komponen kediaman, rekreasi, runcit, makanan dan minuman.

 Pusat beli-belah empat tingkat…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

Johor Port terima Anugerah GPA 2024

Johor Port Berhad (Johor Port) telah menerima  Sistem Anugerah Pelabuhan Hijau 2024 atau Green Port Award System (GPAS) (Anugerah GPA 2024) iaitu yang mengiktiraf kecemerlangan untuk mengekalkan alam sekitar dalam operasi pelabuhan yang mampan. 

today29 October 2024