Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Bina Puri umum kelulusan cadangan skim pengaturan

today1 July 2026

Background


PETALING JAYA – Bina Puri Holdings Bhd. (Bina Puri) mengumumkan bahawa cadangan skim pengaturan berhubung liabiliti tertunggaknya telah diluluskan oleh majoriti pemiutang skim.

Pada mesyuarat yang dipanggil oleh mahkamah semalam, skim tersebut telah diluluskan oleh pemiutang skim yang hadir dan mengundi, mewakili liabiliti berjumlah RM301.41 juta, atau 87.62 peratus daripada jumlah keseluruhan liabiliti tertunggak yang diliputi di bawah skim.

Memandangkan majoriti yang diperlukan, iaitu 75 peratus daripada nilai pemiutang skim yang hadir dan mengundi telah diperoleh, skim tersebut telah diluluskan sewajarnya.

Skim itu akan mengikat Bina Puri dan pemiutang skimnya sebaik sahaja Perintah Pengesahan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya dan perintah tersebut didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Bina Puri, Marcus Goh Kee Lun berkata, pihaknya amat berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh para pemiutang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post