Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Biogen pertingkatkan program penyelidikan tentang penyakit SMA

today18 July 2023

Background


PETALING JAYA – Biogen komi­ted terhadap usaha untuk me­ningkatkan lagi program penyelidikan tentang penyakit SMA iaitu satu gangguan neuro genetik yang menjejaskan sistem saraf pusat dan menyebabkan sel saraf di saraf tunjang serta batang otak tidak dapat berfungsi dengan baik.

Ketua Biogen Asia Pasifik, Francis Wan berkata, ini adalah salah satu usaha syarikat untuk meningkatkan hasil klinikal ter­hadap individu yang terkesan oleh penyakit tersebut.

“Atas dasar keprihatinan dan memahami kesukaran pesakit melalui perjalanan rawatan mereka, syarikat akan memperluaskan sokongan yang diperlukan pesakit menerusi sistem sokongan penjagaan kesihatan yang terdapat di negara ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Penyakit SMA dihidapi pesa­kit daripada peringkat bayi dan kanak-kanak kecil sehingga ke remaja serta dewasa.

Pakar Neurologi Pediatrik, Dr. Tay Chee Geap

Bersandarkan kesungguhan tersebut untuk membantu kumpulan pesakit tersebut, Biogen…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post