KLANG – PS Food & Beverage Sdn. Bhd. yang terkenal dengan produk minuman Origina, kini meluaskan lagi cabang perniagaannya dengan menceburi bidang biopharmarcy atau Nutraceutical menerusi penghasilan produk siri endemik, BioWonders.
Produk yang ditawarkan dengan dua jenis pilihan iaitu Mighty Immunity dan Inflamma-Care itu adalah hasil kerjasama syarikat dengan pakar dan saintis dalam bidang Nutrigenomics, Dr. Redza Rahman.
Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Fatin Diana Mohd. Zain berkata, buat permulaan sebanyak 100,000 unit produk telah dikeluarkan di pasaran bertujuan untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan rakyat Malaysia yang pernah dijangkiti wabak Covid-19 daripada pelbagai varian.

Menurutnya, ramai bekas pesakit Covid-19 masih mengalami simptom seperti kelesuan, kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti, sukar tidur malam dan batuk.
“Ia disebabkan antibodi atau ketahanan badan yang lemah serta inflamasi yang tinggi dalam badan akibat jangkitan wabak…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
