Site icon Kool FM

Bisnes Diboikot, CEO Starbucks Dakwa Masyarakat Terpengaruh Dengan Fahaman Yang Salah


Sejak Starbucks mengumumkan pemberian dana serta sokongan terhadap Israel, jenama ini nampaknya telah mendapat tentangan khususnya daripada golongan yang menyokong Palestin serta pencinta keamanan.

Bukan sahaja di Malaysia, malah di negara luar termasuk Eropah turut menyaksikan penurunan pelanggan Starbucks di rangkaian kedai kami ini secara penduduk sejak berlaku peperangan melibatkan Israel dan Palestin baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Boikot yang dijalankan di negara luar.Sumber: The Seattle Times

Terbaharu, CEO Starbucks, Laxman Narashimhan berkata individu yang protes terhadap Starbucks itu berhubung pendiriannya terhadap perang Israel-Hamas telah ‘dipengaruhi oleh fahaman yang salah di media sosial’.

Beliau memaklumkan terdapat banyak rangkaian kedai kopi Starbucks yang terkesan dengan vandalisme serta keselamatan pekerja Starbucks turut dalam bahaya. Selain itu, mereka turut mengakui terkesan dengan kempen boikot yang dijalankan negara-negara Arab.

Sumber: Food Bev…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version