Bayangkan beratnya hati seorang bapa yang terpaksa membuat keputusan untuk memenjarakan darah dagingnya sendiri. Begitulah realiti pahit yang sedang dilalui oleh seorang bapa di Zhengzhou, China, yang dikenali sebagai Zhu.
Beliau nekad mengambil keputusan drastik untuk menyerahkan anak perempuannya yang berusia 19 tahun kepada pihak polis dalam satu usaha terdesak bagi mendapatkan kembali simpanan seumur hidup keluarga mereka yang berjumlah 17 juta yuan (sekitar RM9.8 juta).

Remaja perempuan tersebut, Xiao Meng, didakwa telah menggelapkan dana perniagaan keluarga selama 16 bulan. Lebih memilukan, wang titik peluh keluarganya itu bukan digunakan untuk tujuan perniagaan, sebaliknya dihamburkan ke alam maya.
Memetik laporan City News Service, hampir 11 juta yuan (~RM6.36 juta)digunakan semata-mata untuk memberi tip kepada hos penstriman langsung (*livestreamers*), manakala baki 6 juta yuan (~RM3.47 juta) lagi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: