Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Bisnes nasi lemak sambung legasi kedua-dua ibu bapa

today1 August 2022

Background


SEBERANG PERAI – Tidak tegar melihat kedua-dua orang tua mengerah keringat menjual nasi lemak di tepi jalan, dua beradik memasang tekad untuk me­ngubah nasib keluarga sehingga berjaya membuka cawangan keempat Nasi Lemak Ayam Goreng Ra­ngup ‘Crunchy’ di Tasek Gelugor, di sini, baru-baru ini.

Pemiliknya, Bebe Nur Aqeela Mohamad Yunus Khan, 29, berkata, kehidupan awal remajanya bersama adik perempuan yang juga selaku pemilik bersama perniagaan, Bebe Nur Ardeela, 27 tidak seperti anak remaja lain yang kebanyakannya gemar menghabiskan masa di pusat beli- belah mahupun bercuti bersama teman.

“Masa kami banyak dihabiskan dengan menolong kedua orang tua di dapur bagi menyi­apkan bahan-bahan untuk dimasak pada keesokan paginya. Mak dan ayah ketika itu tiada pekerja, jadi kamilah yang menggalas tugas sebagai pembantu.

“Tambahan pula, ketika itu ayah hanya bekerja sebagai peng­urus di sebuah syarikat kenderaan di ibu kota. Gaji hanyalah cukup-cukup makan untuk menanggung kami…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: NORUL AKMA MOHD.ZAIN


Previous post