Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Black Steel Terus Unggul, Tundukkan Thai Son Nam

today2 May 2023

Background
Black Steel


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Black Steel FC Papua meraih kemenangan kedua dalam Kejuaraan Futsal Kelab AFF 2023 selepas berjaya menundukkan wakil Vietnam, Thai Son Nam 4-1 pada aksi yang berlangsung di Terminal 21 Korat, Thailand sebentar tadi.

Artikel Berkaitan:

Kemenangan itu sekali gus menjadikan Black Steel selaku juara kumpulan B dimana mereka turut meraih tiga mata pada aksi sulung semalam bertemu Football Victoria Futsal.

Kelab gergasi Indonesia itu tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Samuel Amos Ronsumbre berjaya menolak masuk bola melepasi celah kaki penjaga gol lawan, Ho Van Y seawal minit ketiga.

Van Y kemudiannya dikerah untuk bekerja keras susulan serangan bertubi-tubi dilancarkan pemain Black Steel terutamanya menerusi Evan Soumilena.

Anak buah Rakphol Sainetngam mengukuhkan kedudukan pada minit ke-10 selepas Guntur Sulistyo yang tidak dikawal pemain Thai Son Nam menolak masuk bola dengan mudah hasil hantaran…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Hiburan Semasa

IG Zahirah Macwilson ‘diserang’

Kuala Lumpur: Akaun Instagram (IG) pelakon, Zahirah Macwilson ‘diserang’ netizen dalam ruangan komen gambarnya bersama pelakon filem Wonder Woman, Gal Gadot. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today2 May 2023