Filem karya kolaboratif Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, Blood Brothers: Bara Naga terus mencipta fenomena apabila berjaya mendapat kutipan sebanyak RM9.2 juta hanya dalam dua hari tayangan rasmi dan tayangan awal, bermula pada 8 April lalu.
Blood Brothers: Bara Naga kini ditayangkan di 170 pawagam, menjadikannya antara filem tempatan dengan capaian tayangan paling meluas setakat ini.
Antara negeri yang mencatat jumlah tontonan tertinggi ialah Selangor, Johor, Kedah, Pahang dan Terengganu.
Blood Brothers: Bara Naga dapat perhatian ramai
Pencapaian luar biasa ini bukan sahaja membuktikan sambutan hangat penonton terhadap karya tempatan yang berkualiti, malah menjadi bukti bahawa gabungan naskhah penuh aksi, emosi dan nilai persaudaraan masih mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Tidak kurang juga ramai yang memuji kualiti produksinya dan menyifatkan filem ini sebagai satu pencapaian yang menetapkan penanda aras baharu untuk filem aksi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: