Site icon Kool FM

Bloomieja D’Florist hiasi acara dengan gubahan bunga kreatif


ALOR SETAR – Bermula sekadar memenuhi tempahan kecil daripada pelanggan bagi beberapa penganjuran majlis di sekitar daerah ini, pengasas kedai bunga, Bloomieja D’Florist (Bloomieja), Shariza Nadzri tidak menyangka usahanya itu membolehkan perniagaannya terus berkembang hingga ke peringkat sekarang.

Usahawan yang meminati bidang seni gubahan sejak kecil sering mendapat tempahan daripada pelanggan khususnya daripada ibu bapa dan guru untuk pelbagai program seperti hari guru.

Bermula di situ, daripada hasil seni gubahan bunga yang ­kreatif, kemas dan dijual pada harga berpatutan, anak kelahiran Alor Setar itu terus menerima tempahan melalui hebahan percuma daripada mulut ke mulut dalam kalangan pelanggannya.

Bersandarkan kepada keyakinan dan sokongan tersebut, Shariza yang ketika mengope­rasikan perniagaannya hanya dari rumah pada tahun 2019 mula serius untuk mengembangkan bisnes berpotensi itu.

“Sepanjang tempoh itu sehingga ke hari ini, pelbagai cabaran terpaksa ditempuh…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version