
KUALA KEDAH – Bloomieja D’Florist yang beroperasi di lokasi strategik di Arked Mara di sini membuat perancangan masa depan untuk menjadikan asas bisnes itu menjadi pusat pemborongan bagi pelbagai jenis barangan hiasan termasuk bunga dan door gift.
Pengasas syarikat, Shariza Nadzri, berkeyakinan terhadap potensi perniagaan ini untuk jangka masa panjang memandangkan barangan hiasan termasuk bunga-bungaan dan aksesorinya diperlukan untuk pelbagai penganjuran majlis tidak kira yang kecil atau besar.
Beliau berkata, bersandarkan perkembangan ekonomi semasa, ia memberi peluang kepada penganjuran pelbagai majlis korporat, ahli politik, kenduri kawin atau bertunang atau program di sekolah dan juga di pejabat kerajaan, yang pastinya memerlukan penggunaan bunga dan yang utamanya adalah door gift.
“Ini adalah langkah awal kami dalam perniagaan secara kecil-kecilan, sebelum lebih serius melangkah ke fasa peralihan menjadi pusat borong,” katanya ketika ditemui pada Majlis…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: