
JOHOR BAHRU – BMG Global Sdn. Bhd. (BMG Global) terus memperkukuh peranannya sebagai pemaju berprestasi tinggi apabila memberi tumpuan kepada pembangunan rumah mampu milik dengan kemudahan setaraf kondominium menerusi projek Tampoi Heights di Tampoi, di sini.
Pengarah Eksekutifnya, Sakeri Maming berkata, Tampoi Heights dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM400 juta itu menawarkan 877 unit apartmen servis dalam tiga blok setinggi 26 dan 27 tingkat, lengkap dengan enam tingkat parkir berpodium.
“Unit kediaman ditawarkan pada harga bermula RM323,000 dengan dua pilihan keluasan iaitu 805 kaki persegi dan 950 kaki persegi.
“Sebanyak 98 peratus unit telah berjaya dijual sejak dilancarkan, ini menunjukkan pasaran kediaman mampu milik berkualiti memiliki permintaan yang masih tinggi.
“Fokus kami adalah untuk membantu lebih ramai rakyat memiliki rumah pada harga berpatutan tanpa mengorbankan aspek keselesaan dan kemudahan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: