Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

BNM bayar dividen RM5.25 bilion kepada kerajaan

today24 March 2025

Background


KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) membayar dividen sebanyak RM5.25 bilion kepada kerajaan selepas mencatat keuntungan bersih RM13.16 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM7.16 bilion  yang direkodkan pada 2023.

RM7.91 bilion daripadanya telah dipindahkan ke dalam Rizab Risiko BNM.

Kedudukan kewangan BNM kekal kukuh pada 2024 dengan aset berjumlah RM621.54 bilion pada 31 Disember 2024.

Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, walaupun ketidakpastian masih wujud pada peringkat global, kepelbagaian struktur ekonomi negara dan dasar yang meluas menyediakan daya tahan serta ketangkasan untuk mengharungi rintangan.

“Kami yakin ekonomi Malaysia akan kekal pada landasan pertumbuhan yang stabil, dengan tekanan inflasi kekal terkawal secara keseluruhan.

“Dengan jangkaan keadaan dalam negeri yang menggalakkan, Malaysia harus meneruskan usaha pembaharuan struktur yang penting demi memastikan pertumbuhan yang mampan bagi tahun-tahun mendatang,” katanya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Luar Negara

Serangan terbaharu Israel korbankan 21 rakyat Palestin

Baitulmaqdis: Serangan tentera Israel di seluruh Semenanjung Gaza membunuh sekurang-kurangnya 21 rakyat Palestin, kata pihak berkuasa kesihatan tempatan pada Isnin, ketika tentera Israel beroperasi di Rafah berhampiran sempadan Mesir, meningkatkan serangan baharu di udara dan darat selama seminggu. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today24 March 2025