PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Indonesia (BI) telah memperbaharui Perjanjian Swap Mata Wang Tempatan Dua Hala (Local Currency Bilateral Swap Agreement, LCBSA) dengan jumlah pengaturan swap hingga RM8 bilion/IDR28 trilion.
Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, pembaharuan perjanjian ini merupakan susulan perjanjian pertama yang ditandatangani pada tahun 2019 dan akan berkuat kuasa untuk tempoh tiga tahun.
Perjanjian yang diperbaharui ini mengukuhkan kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua bank pusat.
“Memandangkan aliran perdagangan yang tinggi antara Malaysia dengan Indonesia, kami berbesar hati untuk meneruskan kerjasama dengan Bank Indonesia melalui pembaharuan LCBSA ini.
“LCBSA juga menyumbang kepada Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan (Local Currency Settlement Framework, LCSF) antara kedua-dua negara iaitu pengaturan yang menggalakkan penggunaan mata wang tempatan secara lebih meluas bagi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
