Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

BNM Denda Maybank RM4.32 Juta, CIMB RM760,000

today14 August 2024

Background
BNM Denda Maybank RM4.32 Juta, CIMB RM760,000


Dua bank terkemuka tempatan, Maybank dan CIMB Bank didenda oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berikutan gangguan beberapa perkhidmatan perbankan yang berpanjangan, petik BERNAMA.

Denda yang dikenali sebagai Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) itu menyebabkan Maybank perlu membayar denda sebanyak RM4.32 juta, sementara CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank perlu RM760,000.

Memetik BERNAMA, BNM melaporkan bahawa Maybank membayar penalti penuh denda AMP pada 8 Ogos 2024. CIMB pula membayar denda pada 12 Ogos 2024.

“AMP itu dikenakan kerana ketidakpatuhan perenggan 48(1)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan perenggan 58(1)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA), bersama-sama dengan perenggan 10.32 Dokumen Dasar Pengurusan Risiko dalam Teknologi (RMiT),” kata BNM.

Memetik laporan itu lagi, di bawah perenggan 10.32 Dokumen Dasar RMiT, institusi kewangan perlu memastikan sistem kritikal yang relevan direka bentuk dengan tahap ketersediaan yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Sukan

Satria, Satrina mula jadi rebutan

Kuching: Maskot Sukan Malaysia (Sukma) 2024, Satria dan Satrina yang menjadi antara hampir 100 jenis barangan khas dijual sebagai cenderahati sempena temasya sukan itu, mula mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

today14 August 2024