Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

BNM kekalkan OPR 2.75 peratus

today5 March 2026

Background


PETALING JAYA – Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada mesyuarat hari ini memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Menurut Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan BNM, pada tahap OPR semasa, MPC berpendapat bahawa pendirian dasar monetari adalah wajar dan memberikan sokongan terhadap ekonomi dalam keadaan harga yang stabil.

“MPC mengambil maklum tentang ketidaktentuan yang timbul susulan konflik yang sedang berlaku di Timur Tengah. Impak kepada ekonomi global dan Malaysia akan bergantung pada perkembangan situasi ini.

“Ekonomi Malaysia menghadapi cabaran ini daripada kedudukan yang kukuh, dengan pertumbuhan dalam negeri yang mantap, inflasi yang sederhana, sektor kewangan yang teguh dan kedudukan luaran yang berdaya tahan,” katanya.

Tambahnya, MPC akan terus memantau perkembangan semasa dan menilai imbangan risiko berhubung dengan prospek pertumbuhan dan inflasi dalam negeri. – KOSMO! ONLINE



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post