PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengeluarkan Kertas Perbincangan Mengenai Rangka Kerja Pelesenan untuk Penanggung Insurans dan Pengendali Takaful Digital.
Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, kertas perbincangan tersebut menggariskan rangka kerja yang dicadangkan untuk pelesenan penanggung insurans dan pengendali takaful digital (digital insurers and takaful operators, DITO) baharu bagi menggalakkan inovasi digital dalam sektor insurans dan takaful.
Menurutnya, kertas perbincangan itu bakal menjadi pelengkap kepada inisiatif bank mengenai bank digital dan pendigitalan sektor kewangan.
“Cadangan rangka kerja ini bertujuan untuk menarik minat peserta digital baharu yang boleh menawarkan penyelesaian inovatif.

“Ia juga mampu menangani jurang perlindungan kritikal dalam segmen pasaran yang tidak mendapat perkhidmatan kewangan dan segmen yang kurang mendapat perkhidmatan serta menambah baik pengalaman pelanggan selain mempertingkatkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
