Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

BNM lancar duit syiling peringatan sempena ulang tahun Perkeso

today29 October 2021

Background


PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan  pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Ke-50.

Duit syiling peringatan yang dilancarkan oleh  Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan terdiri dalam dua denominasi iaitu  duit syiling peringatan perak sterling berwarna (pruf) dan juga duit syiling peringatan emas Nodic Brilliant Uncirculated (B.U.).

Duit syiling peringatan perak sterling berwarna (pruf) itu diperbuat daripada perak sterling dengan ketulenan 92.5 dan mempunyai berat 31 gram setiap satu.

Nilai muka duit syiling tersebut adalah RM10 dengan harga jualan RM253 sekeping dan sejumlah 1,000 keping telah ditempa.

Selain itu, untuk duit syiling peringtatan emas Nodic Brilliant Uncirculated (B.U.) pula diperbuat daripada tembaga dan beberapa logam lain yang mempunyai berat 8.5 gram.

Nilai muka duit syiling ini ialah RM1 dengan harga jualan RM13.20 sekeping dan sejumlah 10,000 keping…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

Saiz PMBSGEF bakal cecah RM15 juta

PETALING JAYA – PMB Investment Berhad (PMB Investment) menyasarkan saiz dana global pertamanya, PMB Shariah Global Equity Fund (PMBSGEF) bakal mencapai antara RM10 juta hingga RM15 juta menjelang akhir tahun ini. Saiz dana yang memberi akses mudah kepada pelabur untuk membina portfolio pelaburan patuh syariah di pasaran global itu juga dijangka bertambah kepada RM25 juta hingga RM50 juta dalam tempoh tahun pertama selepas pelancarannya. Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Mahani Ibrahim berkata, […]

today29 October 2021