Site icon Kool FM

BNM Mengenakan Denda RM600,000 Ke Atas TNG Digital


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Touch ‘n Go telah didenda sebanyak RM600,000 oleh Bank Negara (BNM) kerana melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA).

Artikel Berkaitan:

BNM mengumumkan bahawa pihaknya mengenakan penalti kewangan pentadbiran (AMP) ke atas TNG Digital Sdn Bhd (TNGD) pada 18 Mei selepas ia secara berasingan menerima dua individu yang dikenakan sekatan bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 atau AMLA.

Lanjutan dalam kenyataan rasmi, BNM berkata tindakan itu merupakan pelanggaran FSA kerana TNGD gagal menjalankan penapisan sekatan ke atas nama pelanggannya.

Bank pusat itu berkata, TNGD juga tidak membuat pengesahan dan pertanyaan lanjut untuk menentukan sama ada pelanggan mereka termasuk dalam senarai resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau senarai Kementerian Dalam Negeri.

TNGD bagaimanapun sudah membayar denda RM600,000 pada 31 Mei lalu….

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version