Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

BNM meterai MoU dengan Jabatan Perangkaan

today25 October 2021

Background


PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Perangkaan telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) yang baharu untuk mempertingkatkan lagi skop perkongsian dan penggunaan data untuk tujuan pemantauan, analisis dan perumusan dasar

Menurut kenyataan,  MoU antara antara dua pihak berkenaan telah ditandatangani pada tahun 2008.

“Persefahaman tersebut bertujuan untuk menggariskan bidang strategik baharu antara kedua-dua agensi seperti penyelidikan dan pembangunan, perundingan teknikal dan khidmat nasihat serta latihan dan pembinaan kapasiti,” katanya.

MoU  telah ditandatangani oleh Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus dan juga Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin.

Menurut BNM, kerjasama tersebut dijangka menyokong pembangunan pakar bidang di kedua-dua agensi bagi memenuhi keperluan data semasa dan akan datang dengan menerima pakai teknik statistik yang terkini, penerapan sains data dan analitik serta pendekatan inovatif lain.

 



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Hiburan Semasa

‘Tanpa Uncle Mamat siapalah saya’ – Afea ‘Yah Kuchai’

Kuala Lumpur: Pemergian Allahyarham Mamat Khalid yang juga mentor dan gurunya dalam lakonan amat mengejutkan Afea Deanna Baharudean sehingga tidak mampu mengeluarkan sebarang kenyataan dan hanya menjawab 'no komen' ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp, semalam. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today25 October 2021