Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

BNM umum pembiayaan RM200 juta untuk PMKS

today20 December 2021

Background


PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan kemudahan pembiayaan sebanyak RM200 juta yang disediakan untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas akibat banjir di seluruh negara baru-baru ini melalui Kemudahan Bantuan Bencana 2022 (Disaster Relief Facility, DRF 2022).

Menurut kenyataan bank pusat, DRF 2022 akan membantu PKS menampung kos membaiki dan/atau mengganti aset untuk kegunaan perniagaan (cth. loji dan mesin) yang telah rosak akibat banjir; dan/atau untuk modal kerja. 

DRF 2022 tersedia untuk PKS, termasuk perusahaan mikro, dengan jumlah pembiayaan maksimum hingga RM500,000 bagi setiap PKS dan hingga RM75,000 bagi setiap perusahaan mikro.

“ Tempoh pembiayaan adalah hingga lima tahun, termasuk tempoh moratorium selama enam bulan ke atas bayaran pokok dan faedah/keuntungan.

“ Kadar pembiayaan adalah hingga 3.50 peratus setahun, termasuk apa-apa fi jaminan dan kemudahan ini  akan disediakan mulai 27 Disember 2021 sehingga peruntukan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post