PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara tahun ini kepada tiga hingga empat peratus, berbanding anggaran awal antara enam hingga 7.5 peratus.
Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, semakan itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan ekonomi global terkini, selain pelaksanaan fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) serta andaian mengenai peralihan berperingkat ke fasa seterusnya berdasarkan kadar vaksinasi dan kapasiti sistem penjagaan kesihatan.
“Unjuran baharu ini lebih rendah berbanding sebelum ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan jangkitan di seluruh negara.
“Walau bagaimanapun, jangkaan pembukaan semula ekonomi akan membantu menyokong pemulihan secara beransur-ansur dan pada suku keempat tahun ini, ekonomi negara dijangka akan kembali kepada paras sebelum pandemik.
“Dalam senario lebih baik, pertumbuhan ekonomi negara akan melebihi paras empat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
