PETALING JAYA – Skim beli sekarang bayar kemudian (BNPL) antara evolusi perkhidmatan yang mendapat sambutan hangat apabila berlakunya peningkatan aktiviti ekonomi digital.
Dalam memastikan ekonomi domestik terus berkembang, perbelanjaan pengguna amat penting sebagai impetus positif dan BNPL wujud sebagai salah satu pemangkin utama bagi memacu sector runcit dan borong untuk terus berkembang.
Ketika jumlah hutang terkumpul skim BNPL mewakili sebahagian kecil daripada keseluruhan hutang isi rumah iaitu sebanyak RM2.8 bilion atau hanya 0.2 peratus, wujud kebimbangan skim ini mampu mengakibatkan semakin ramai terjerumus dalam beban hutang.
Bagi Penganalisis Ekonomi UNIKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, apa yang dirisaukan adalah tiada kawalan undang-undang yang ketat dalam pemberian kredit tersebut.

Ia ditambah dengan persaingan sengit antara 12 syarikat yang menawarkan khidmat BNPL, menguatkan risiko akan berlaku kelonggaran dalam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: