PETALING JAYA – AAG Global Resources bakal aktif menembusi negara jiran khususnya ke Jakarta, Indonesia untuk mempromosikan produk penjagaan kesihatannya yang berjenama Bodyflasshh mulai tahun depan.
Pengasas syarikat, Azlin Hilda Abdul Latif berkata, ini adalah inisiatif syarikat untuk meluaskan rangkaian dan penguasaan pasarannya ke pasaran antarabangsa ekoran negara jiran itu memiliki beberapa faktor yang bersesuaian untuk memenuhi misi pengembangan syarikat untuk jangka panjang.
Menurut beliau, faktor lain adalah potensi pasaran bagi produk penjagaan kesihatan di negara berkenaan dan juga permintaan daripada pelanggan terhadap produk buatan Malaysia yang semakin bertambah kini.
“Untuk pasaran domestik, kami juga mengunjurkan jualan berganda pada tahun depan ekoran keyakinan kukuh pelanggan sedia ada terhadap Bodyflasshh sejak mula dilancarkan dua tahun lalu.
“Kejayaan memasarkan produk dalam tempoh pandemik memberi rezeki kepada syarikat kerana ia tepat pada waktunya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
