PETALING JAYA – Malaysia Airlines Berhad (MAB) mengumumkan pesawat Boeing 737 Max 8 (737-8) baharunya bakal tiba pada bulan Ogos ini, yang merupakan sebahagian daripada pelan pemodenan armada Malaysia Aviation Group (MAG).
Ia merupakan pesawat pertama daripada 25 unit 737-8 baharu MAG yang bakal dihantar sepenuhnya menjelang tahun 2026.
Sama seperti pesawat B737-800 NGnya yang diperbaharui, 737-8 baharu itu turut menampilkan sistem hiburan dalam penerbangan tanpa wayar, MHstudio yang menyediakan pelanggan akses kepada lebih 500 pilihan hiburan atas permintaan, selain pengalaman membeli-belah yang diperibadikan.
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Penerbangan MAG, Ahmad Luqman Mohd. Azmi berkata, menerusi pesawat baharu tersebut, pihaknya teruja untuk mempersembahkan penumpang dengan perjalanan yang mengasyikkan dan tidak dapat dilupakan.
“Pengenalan pesawat 737-8 baharu kami pada Ogos 2023 bakal menetapkan standard baharu dalam perjalanan udara dengan menggabungkan budaya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: